Bulan ni aku sudah memasuki dalam kategori umur yang sesuai untuk kahwin. Honestly aku rasa tua lah sebab yelah kawan-kawan aku banyak dah kerja tapi aku masih belajar di U. I know that I have to go through it sooner or later. Satu perkara yang mengujakan ialah, insyaaAllah dalam tahun ni aku akan menyaksikan sendiri anak-anak binaan kami akan di tas’idkan (dinaikkan) ke dalam sistem. Aku benar-benar teruja dengan perancangan Allah sebab dalam beberapa tahun saja, ramai ikhwah akhawat yang akan sama-sama dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ni. Pada masa yang sama terkilan juga dengan ikhwah akhawat yang tidak berjaya go through the system. Keterujaan aku ini sering bermain di minda ku dan selalu juga aku teringat balik ayat dalam Quran yang senang saja Allah akan ganti kita dengan umat yang lebih baik dari kita kalau saja kita tidak melaksanakan perintahNya. Selama berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ni memang banyak sangat ihkwah akhawat yang come and go. They came dengan semangat but throughout the journey, some can still stand it but some will just collapse. I’ve witnessed some sisters and brothers yang macam ni. Diorang tahu sangat fikrah dan faham keperluan dakwah ni tapi akhirnya futur dan tidak sanggup untuk bersama lagi. Lebih menyedihkan bila kerja dijadikan alasan supaya tidak datang mana-mana perjumpaan.
Sayangkan.
Dan dalam banyak-banyak cerita ni teringat sebuah kisah seorang sahabat yang bernama Zuljaushan, dia adalah seorang sahabat yang tidak perlu kita contohi. Ok. Di pendekkan cerita, selepas perang Badar, Zuljaushan ni masih belum memeluk agama Islam tapi Rasullullah pernah bertanya kepada dia macam ni, “Mahukah kamu menjadi salah seorang di kalangan orang-orang yang pertama?”. So kiranya Rasulullah yang di gelar al-Amin tu hendak membagi jaminan kalau dia masuk Islam dia akan tergolong dalam sahabat yang dimuliakan. Malangnya Zuljashan menjawap, “Tidak, aku akan lihat dahulu. Sekiranya kau menang, aku akan ikut. Tapi sekiranya kau kalah, aku tidak akan mendapat apa-apa musibah”. Memang jawapan yang menyedihkan tapi janji Allah itu pasti. Apabila Islam menang semua orang berbondong-bondong memasuki agama Islam (dalam Surah an-Nasr, 109:1-3), termasuklah Zuljaushan sendiri. Jadi tidak ada apa-apa keistimewaan pada pengislaman Zuljaushan ni.
Samakah orang yang memeluk Islam lebih awal dengan yang terkemudian..? Tidak.
Samakah orang yang bersama-sama Nabi SAW, bertungkus-lumus mempertahan agama Allah daripada dirobek dan dihancurkan dengan orang yang bersama Nabi SAW hanya ketika Islam sudah berada di puncaknya..? Tidak.
Dan adakah sama as-Saabiqun al-Awwalun dengan as-Saabiqun al-Akhirun…? Sudah semestinya tidak.
Diceritakan juga bagaimana Zuljaushan, ketika hendak berjumpa Nabi SAW dilihat menggigit jari-jemarinya tanda penyesalan yang amat sangat kerana menolak pelawaan Nabi SAW untuk menjadi di kalangan yang pertama sewaktu ketika dahulu.
Jadi disini sunnatullah tu tetap ada hingga ke hari Kiamat. Kita tak mahu menjadi macam Zuljaushan ni yang hanya masuk Islam sesudah Islam tu tampak jelas kemenangannya dan pastilah tidak ada istimewa apa-apa sebab tidak sama orang yang benar-benar bekerja menggerakkan dakwah dan tarbiyah ni untuk membangun agama Allah dengan yang hanya duduk-duduk menyaksikan orang yang bekerja ni dari belakang! Dan orang yang lalai dalam menjalankan tugasan ini bukan saja rugi pada dirinya sendiri malah ianya menjadi kerugian yang menimpa dakwah ini, padahal hari ini ia menjadi harapan Islam dan kaum Muslimin.
Dan dalam banyak-banyak ini juga kami disarankan untuk mendirikan Baitul Muslim. Ok. Perkahwinan ini bukanlah seperti perkahwinan kebanyakkan orang di luar sana tapi ini adalah demi kepentingan dakwah itu sendiri. Selain kita membina individu-individu muslim, kita juga perlu menaiki tangga Maratib Amal, iaitu, Baitul Muslim dan darinya akan terbit community Muslim. Kita perlukan bi’ah yang soleh yang akan menguatkan jalan dakwah dan tarbiyah ini. Tapi sejujurnya, masih belum ready sebab tanggungjawap tu besar sangat. Dan ini bukanlah cerita cinta “Akhi dan Ukhti’ seperti kebanyakkan yang mengklaim “pasangan Islami” yang sepatutnya ditegah dalam agama (yang ni relevan bagi yang belum kahwin). Kita berkahwin kerana apa? Kita kahwin kerana keperluan dakwah itu sendiri, sebab ia akan mengukuhkan lagi jalan dakwah dan tarbiyah pasangan itu kalau hadafnya (objektifnya) hanya kerana ALLAH semata. Ya, berkahwin kerana meraih Mardhatillah dan Jannatul Firdausi, bukan kerana cintakan ikhwah/akhawat itu atau semata-mata hendak melahirkan zuriat dan berkeluarga. I mean of course kita berkahwin sebab hendak melahirkan zuriat yang insyaaAllah soleh dan solehah tapi ingat balik hadaf kita, kalau itu yang kita fikirkan boleh jadi Allah akan bagi tapi tidak mendapat Allah. Tapi boleh juga Allah akan uji dengan lambatnya melahirkan zuriat, anak yang nakal dan sebagainya. Na’zubillahiminzalik. Apapun niat kita hendaklah tulus ikhlas kerana Allah.
Jadi aku tidak berapa kisah dengan BM ni semua sebab ramai lagi akhawat disana yang lebih layak untuk berBM dan melahirkan mujahid dan mujahidah yang akan memenangkan agama Allah ini. Wallahu’alam.